Sabtu, 26 Februari 2011

Wanita mati terkejut diragut

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangannya daripada diragut tiga lelaki warga asing berkecai apabila dia mati selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan anak lelakinya di Bandar Baru UDA di sini semalam.

Kejadian pukul 5.50 pagi itu menyebabkan seorang tukang cuci, R. Alamelu (gambar), 49, mati di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kematiannya lebih kepada rasa terkejut dengan kejadian itu.

Anak mangsa, R. Mugash, 20, berkata, rakannya, Ganesan yang menunggang motosikal itu memberitahu, ketika kejadian, mereka telah didekati oleh dua buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki warga asing lalu cuba meragut beg tangan ibunya.

Bagaimanapun katanya, ibunya enggan melepaskan beg tersebut sebelum berlaku adegan tarik menarik./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan