BALIK PULAU: Masih tidak serik. Seorang remaja lelaki berumur 14 tahun ditahan polis setelah terlibat dengan 22 kes mencuri motosikal di sekitar Barat Daya walaupun baru sebulan dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara setahun di Sekolah Pemulihan Akhlak Paya Terubong awal bulan lalu.
Remaja yang berasal dari Batu Maung ditahan selepas dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan Batu Maung, 20 Febuari lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin berkata, ketika sepasukan polis cuba menahannya, dia berusaha melarikan diri dengan memecut motosikal yang ditunggangnya, dipercayai motosikal curi.
“Dia baru dibebaskan tidak sampai sebulan dari sekolah pemulihan akhlak namun kembali melakukan 22 kes jenayah mencuri motosikal.
“Cubaannya untuk melarikan diri bagaimanapun gagal selepas polis berjaya menahannya. Hasil pemeriksaan menjumpai dua anak kunci pelbagai guna dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Fah Hin berkata, pemeriksaan juga mendapati motosikal yang ditunggang remaja itu dilaporkan hilang berdasarkan aduan mangsa di Balai Polis Batu Maung.
Menurutnya, siasatan terhadap remaja itu mendapatinya melakukan kegiatan mencuri motosikal di sekitar kawasan Sungai Nibong, Batu Maung dan Bayan Lepas.
Namun, polis berjaya menemui empat daripada enam motosikal yang dicurinya.
Fah Hin berkata, siasatan yang dilakukan ke atas remaja itu juga berjaya mengesan seorang lagi rakan jenayah yang berusia 15 tahun.
“Remaja terbabit juga tidak bersekolah dan mengakui pernah mencuri 16 motosikal namun polis berjaya menemui semula empat daripadanya.
“Kedua-dua remaja ini mempunyai kemahiran untuk mencuri motosikal, terutama jenis Honda EX-5 dan kita percaya modus operandi yang digunakan kedua-dua juvana ini ialah menggunakan anak kunci yang diubahsuai,” katanya.
Menurutnya, setelah berjaya mencuri, kedua remaja itu akan meletakkan motosikal di lokasi yang ditetapkan oleh pembeli yang dikenali sebagai Budak Kedah.
“Selepas menyerahkan kepada pembeli, mereka akan diberi upah sekitar RM50 hingga RM200 untuk sebuah motosikal,” katanya.
Fah Hin berkata, kedua remaja itu juga mengakui akan meninggalkan motosikal yang dicuri di tepi jalan atau di bawah rumah pangsa sekiranya kehabisan petrol.
“Sehingga kini kita sedang mengesan Budak Kedah yang dikatakan oleh remaja terbabit./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan