KUANTAN: Seorang suri rumah cemas dan ketakutan apabila lehernya diacukan sebilah pisau oleh seorang penyamun yang memecah masuk rumahnya di Indera Mahkota di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 38 tahun turut ditampar beberapa kali dan diugut akan dicederakan sekiranya dia enggan menuruti kehendak penjenayah itu.
Bimbang nyawanya terancam setelah lehernya diacukan pisau oleh suspek, mangsa bertindak mendiamkan diri dan tidak melawan.
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, ketika suspek leka menggeledah rumah, mangsa bertindak melarikan diri melalui pintu dapur dan meminta pertolongan jiran.
Menurutnya, Suspek yang terkejut dengan tindakan mangsa segera cabut namun sempat melarikan tiga buah telefon bimbit milik mangsa bernilai kira-kira RM2,000.
“Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Noor Asyikin berkata, sebelum kejadian mangsa sedang mengemas rumah sebelum terdengar bunyi bising dari dapur.
“Wanita itu turun ke tingkat bawah untuk meninjau keadaan dan mendapati tiada sesuatu yang mencurigakan lalu naik semula ke tingkat atas.
“Mangsa terdengar bunyi yang sama sekali lagi lalu bergegas turun ke bawah sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an bersenjatakan sebilah pisau,” katanya.
Beliau berkata, suspek menerkam ke arah mangsa sambil mengacukan pisau sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan barang-barang berharga.
“Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan