Jumaat, 25 Februari 2011

OKU hilang

SABAK BERNAM: Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) mempunyai masalah pembelajaran disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah sejak 19 Februari lalu. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, gadis berkenaan, Hasnah Abdullah, 21, berketurunan India dari Lot 240 Batu 37 Darat, Jalan Banting, di sini, dijaga keluarga angkatnya. 

“Kita difahamkan, Hasnah dipercayai keluar rumah memakai baju kurung berwarna putih berbunga biru dan kemungkinan bertudung seperti kebiasaannya. 

“Pada pagi itu, ibu bapa angkatnya keluar bekerja, manakala seorang lagi anak lelaki pasangan itu ke sekolah, mereka hanya menyedari kehilangan Hasnah kira-kira jam 6 petang,” katanya. 

Menurut sumber polis berkata, Latifah Udin, 59, mengambil Hasnah sebagai anak angkatnya daripada ibu Hasnah berketurunan India dikenali sebagai Mariam sejak 18 tahun lalu, dari Kampung Rukup, Bagan Datok, Perak. 

Menurut latifah, Hasnah tidak pernah menghilangkan diri seperti dan kehilangannya ini adalah yang pertama kali. 

“Hubungan mereka sekeluarga amat baik dan tiada krisis. 

“Usaha mencari dilakukan di merata tempat namun masih gagal menemuinya,” katanya. 

Mangsa yang disedari menghadapi masalah pembelajaran ketika berusia tujuh tahun itu seorang yang petah bercakap dikatakan keluar rumah dengan membawa satu beg galas dan bedak. 

Difahamkan, ketinggian Hasnah lebih kurang 140 sentimeter dan berat 45 kilogram, Hasnah seorang remaja berbadan gempal dan mempunyai rambut ikal paras bahu. 

Bagi orang ramai yang terjumpa dengan Hasnah bolehlah menghubungi Latifah di talian 016-6589004, Pegawai bertanggungjawab, SM Mat Lazim Brahim 0195663412 atau berhubung terus menggunakan talian 03-32162222./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan