GONG PASIR: Jeritan seorang wanita tidak menghalang usaha penjenayah melakukan samun sebelum berjaya melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi sejumlah wang.
Aksi mencemaskan kira-kira jam 1.15 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Norlaila Sulong, 32, berada dalam kereta selepas menurunkan anaknya yang pulang dari sekolah di depan rumah ibunya dekat sini.
Norlaila berkata, ketika kejadian, dia baru pulang daripada mengambil anaknya di sekolah berdekatan dan beg tangan yang mengandungi tunai RM43,500 milik majikannya itu dikatakan diletakkan di bawah tempat duduk kereta yang dipandunya.
Katanya, apabila sampai di sekolah dan anaknya menutup pintu kereta, tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai berselisih dengannya lalu membuka pintu kereta lantas mengugutnya sebelum berlaku aksi tarik-menarik beg tangan yang mengandungi wang itu.
“Sebaik anak saya menutup pintu kereta, datang seorang lelaki membuka pintu sebelah penumpang lalu menanyakan beg tangan saya yang berisi wang.
“Dia mengugut untuk membunuh saya jika tidak menyerahkan beg terbabit lalu berlaku tarik-menarik sebelum berjaya merampas beg tangan saya,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Menurutnya, selepas berjaya merampas beg tangan yang mengandungi wang milik majikannya itu, penjenayah terbabit yang tidak memakai topeng melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal rakannya yang sudah sedia menunggu di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian.
Kakitangan swasta berkenaan berkata, berikutan pergelutan itu, dia juga gagal mengawal keretanya sebelum melanggar pagar rumah ibunya.
Menurutnya, dalam keadaan cemas itu, dia terpandang kelibat seorang lelaki berkopiah berada di lokasi berdekatan dan menjerit meminta tolong ke arah lelaki terbabit.
Namun, tanpa diduga, lelaki yang nampak baik itu bersama seorang lagi rakannya yang berada dalam kereta rupa-rupanya ‘tali barut’ suspek yang turut sama melarikan diri sebaik sahaja mereka berjaya mendapat habuan dihajati.
“Saya agak mereka mula mengekori saya ketika saya keluar dari bank lagi.
“Selepas kejadian tersebut, saya terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan kes terbabit menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan prihatin soal keselamatan terutama selepas mengeluarkan wang di bank.
Pihaknya kini menjejaki suspek yang dipercayai terbabit dengan kes samun itu./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan