KLANG: “Saya dipukul, diherdik dan dihalau dari rumah oleh suami dan digantung tidak bertali.
“Tetapi yang paling saya tidak dapat terima ialah apabila anak saya sendiri tidak mengaku saya ibunya, malah pernah ugut hendak bunuh saya.”
Demikian luahan hati seorang wanita, yang mahu dikenali hanya sebagai Nor, kepada Sinar Harian semalam.
Menurut Nor, 41, seorang pengawal keselamatan, dugaan ini bermula apabila dia dapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Masalah rumah tangga mereka menjadi lebih buruk apabila dia memeluk Islam pertengahan 2010.
Katanya, dia cuba bersabar, walaupun dilayan dengan buruk oleh suami dan anaknya.
“Saya tidak buat laporan polis sebab saya tidak mahu anak saya terseksa.
“Saya yakin dia tidak akan berbuat demikian kalau tidak dihasut bapa dan teman wanitanya,” katanya.
Menurutnya, dia dipukul, dicerca dan dihalau suami pada 2009.
“Sejak keluar dari rumah, saya tidak dibenarkan bertemu dua anak saya yang berusia 12 dan 15 tahun,” katanya.
Dia sedih kerana dituduh menjadi pelacur, walaupun dia sebenarnya menjadi pengawal keselamatan untuk mencari rezeki.
“Saya tidak sanggup menerima (cercaan) ini dan berharap anak-anak saya dapat menyayangi dan menghormati saya sebagai ibu,” katanya.
Dia kini hidup sebatang kara dan menyewa bilik.
Nor berharap ada pihak memberi perhatian, membantu dan membimbingnya supaya dapat mendalami ajaran agama.
“Saya semakin tertekan, selalu menangis, malah pernah cuba bunuh diri,” katanya.
Dia berharap pihak berkuasa juga dapat mengambil tindakan tegas terhadap suaminya dan teman wanitanya itu./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan