Selasa, 31 Disember 2013

Bapa Bersekedudukan Dengan Anak Sendiri Sejak 2004 Punyai 3 Anak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiyP_QkxD2hRM3vPIVjbh5HZpM8bYHWj6W9SOJ2EoFvxNkv3aIHkI77NikbtAPyEAidkLMPJkda8xhZwR8ypLqQ8927SkXQ8-4S7REnxEosLdYzflTLh3ZIPd1zBMq0TEmNgsxOtV9Af86/s1600/hubungan+haram,+anak+tak+sah+taraf,+bersekedudukan,+taubat+nasuha,.jpg
KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

“Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

Ahad, 29 Disember 2013

Dituduh cedera isteri guna seterika

Dituduh cedera isteri guna seterika
Dituduh cedera isteri guna seterika Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
ALOR GAJAH : Seorang Deejay Karaoke dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan air panas dan seterika, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Syafiq Ab Aziz, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nariman Badruddin selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Yusniza Amira Md Sahal, 19, menggunakan air panas dan seterika panas di sebuh rumah di Flat Bidara Permai, Taman Bidara Permai, Masjid Tanah kira-kira 8 pagi, 11 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang berasal dari Pontian, Johor.

Nariman yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kemudian menetapkan tarikh sebutan kes pada 28 Januari 2014 bagi lantikan peguam./sinarharian

Sabtu, 28 Disember 2013

Berjaya Times Square dah jadi tempat bunuh diri?

Maut terjatuh dari tingkat 9
Maut terjatuh dari tingkat 9 Lelaki berusia 24 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 9 bangunan pusat membeli belah itu.
KUALA LUMPUR: Pengunjung pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi gempar dikejutkan insiden seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 9 pusat membeli belah itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainudddin Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam menyebabkan mangsa parah.

“Remaja berusia 24 tahun dari Seri Kembangan itu dikatakan terjun dari tingkat sembilan sebelum jatuh di tingkat bawah pusat beli-belah. Mangsa mati di tempat kejadian,”katanya.

Menurutnya, tiada rakaman CCTV di situ, siasatan awal juga mendapati tiada rekod dan unsur jenayah pada mangsa.

Punca kejadian masih disiasat dan beliau mengesahkan kejadian sebagai kematian mengejut./sinarharian