Selasa, 31 Januari 2012

Guru bebas pertuduhan seks luar tabii dengan pelajar

SHAH ALAM: Seorang guru sekolah rendah hari ini dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, empat tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya melepaskan dan membebaskan Badrul Akmal Ishak, 33, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377B Kanun
Keseksaan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Hakim itu berkata mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutama keterangan mangsa sendiri bertentangan dengan keterangan sokongan khasnya keterangan ahli kimia dan keterangan perubatan yang mengatakan tiada tanda-tanda mangsa diliwat.

Hakim Slamat berkata pakar bedah, Dr S. Manimaran, telah memberi keterangan bahawa tidak terdapat kesan luka pada dubur mangsa manakala Dr Chan Swee Sing yang memeriksa mangsa, juga mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa telah diliwat.

Ahli kimia P.Revathi pula menyatakan hanya DNA Badrul Akmal yang diambil daripada keratan kain dari biliknya, dan tiada DNA mangsa didapati di atas katil atau dalam bilik tertuduh, kata Hakim Slamat.

Beliau berkata kes itu berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa yang telah membaca mesej pesanan ringkas dalam telefon bimbit mangsa.

Badrul Akmal dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masingnya pada 1 pagi dan 3 pagi 24 Ogos 2008 di rumah No 53 Jalan Genting 5/KU 4 Taman Kembara 2, Rantau Panjang, Klang. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamaruddin manakala Badrul Akmal diwakili peguam bela, Gerard Lazarus.

Tertuduh yang terharu dengan keputusan mahkamah memeluk Lazarus sambil menangis teresak-esak.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan./Bernama

Wanita cedera ditembak

Samun
KOTA BHARU:Seorang wanita cedera parah selepas ditembak lelaki yang bersenjatakan pistol Revolver jenis .38 dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa, Che Asmah Che Awang, 50, mengalami cedera parah selepas terkena tembakan di perut kanan, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian itu, empat suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang melarikan sebuah kereta jenis Honda Jazz, barang kemas dan wang tunai bernilai RM5,000.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat lagi ahli keluarganya sedang tidur sebelum didatangi empat lelaki bertopeng.

Kejadian disedari anak mangsa Mohd Khairul Azani Mohd Lawi, 26, selepas terdengar bunyi tembakan serta pintu ditendang.

Jalaluddin berkata, sebaik Mohd Khairul keluar dari bilik, dia mendapati empat lelaki bertopeng di dalam rumah lalu mengheretnya keluar.

”Keempat-empat lelaki terbabit kemudian menggeledah di dalam bilik anak mangsa sebelum melarikan barangan berharga. Suspek melarikan empat telefon bimbit, tiga utas rantai leher, wang tunai RM5,000, tiga bentuk cincin dan sepasang subang serta sebuah kereta Honda Jazz milik anak mangsa,” katanya.

Mangsa yang mengalami cedera di perut kemudian dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) oleh suaminya Mohd Lawi Dollah, 53, sebaik penyamun terbabit melarikan diri.

Beliau berkata, polis melancarkan gerakan memburu suspek dan mengesan kereta mangsa untuk siasatan lanjut. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan menggunakan senjata api.

Sementara itu, Mohd Lawi ketika ditemui di rumahnya berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi orang mengetuk pintu dan memberi salam.

“Saya kemudian bergegas membuka pintu dan terkejut apabila melihat tiga lelaki bertopeng menyerbu masuk dan seorang lagi menendang pintu belakang rumah. Saya kemudian diarah duduk dan salah seorang daripadanya mengacukan sepucuk pistol,” katanya.

Mohd Lawi berkata, beberapa minit kemudian dia diarah membuka suis lampu dan secara tiba-tiba, satu das tembakan dilepaskan ke arah isterinya.

Menurutnya, selepas empat lelaki terbabit melarikan diri, dia terus membawa isterinya yang cedera parah ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan./sinarharian

Isnin, 30 Januari 2012

Anak buat maksiat pukul ibu

KULIM: Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya./sinarharian

Ahad, 29 Januari 2012

Bayi tanpa kepala (Gambar)

Mayat bayi
AMPANG: Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya./sinarharian

Sabtu, 28 Januari 2012

Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Dengan Kesan Tikaman

GEORGETOWN: Polis menemui mayat seorang wanita warga Indonesia, dipercayai dibunuh, di sebuah rumah dua tingkat di Halaman Ariffin, Jalan Burmah pada Jumaat. Mangsa, Rosni Kholijah, 39, dijumpai polis dalam keadaan separuh bogel dengan enam kesan tikaman pada leher dan badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superitendan Mohd Nasir Salleh berkata, polis menemui mangsa dalam keadaan terperosok di sebelah katil di bilik yang terletak di tingkat bawah rumah terbabit selepas mendapat maklumat daripadaorang awam lewat petang Jumaat.

"Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh kerana rantai dan gelang yang dipakainya gagal ditemui," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar, Sabtu.

Sebilah pisau dapur turut ditemui berhampiran mangsa, dipercayai digunakansebagai senjata.

Mohd Nasir berkata, polis kini mencari teman lelaki dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami juga akan memanggil tuan rumah itu untuk membantu dalam siasatan. Kita mahu tahu berapa ramai orang yang tinggal di rumah ini," katanya.

Beliau berkata, bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia lebih dari 12 jam semasa ditemui dan polis masih menyiasat motif pembunuhan.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat dalam kes ini menghubungi balai polis berdekatan./Bernama

Pelayan ditetak sampai mati

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di sebuah restoran yang menyebabkan Ching Chon mati ditetak di Kepong, Kuala Lumpur semalam.
KEPONG: Sekumpulan tujuh lelaki mabuk bertindak melampaui batas apabila bukan sahaja enggan menjelaskan bil minuman keras yang diminum malah, menetak sampai mati seorang pekerja sebuah restoran dan mencederakan pemiliknya dalam kejadian di Taman Daya di sini semalam.

Kejadian pukul 12.45 tengah malam itu berlaku apabila salah seorang suspek naik angin dengan tindakan Tan Ching Chon, 46, yang meminta mereka pulang dan membayar harga 13 gelas arak sebanyak RM136 dan dua pinggan sayur goreng hampir RM30.

Ching Chon mati di tempat kejadian selepas ditetak dengan pisau di tangan, kaki dan muka.

Pergaduhan itu turut mengakibatkan tauke yang merangkap chef restoran, Lim Kok Keng, 41, cedera di perut, muka dan kepala namun keadaannya dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Selayang./kosmo

Jumaat, 27 Januari 2012

Guru rogol murid dapat padah

ADILA SHARINNI WAHID
Guru rogol murid dapat padah
KOTA BHARU: Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol dan mencabul anak muridnya sendiri.

Padahnya, guru terbabit dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan tujuh sebatan rotan oleh Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Yek Hock Soon, 29, didapati bersalah pada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan, antara jam 8 pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009.

Dia juga disabitkan bersalah pada pertuduhan kedua mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos tahun sama.

Lebih kejam, kedua-dua kes tersebut dilakukan di tempat guru terbabit mengajar di makmal sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali, mangsa mengalami trauma akibat perlakuan guru bahasa Cina dan Sains itu.

Rofiah dalam keputusannya berkata, pencegahan untuk membendung jenayah seperti ini adalah sangat penting.

“Hubungan antara guru dan anak murid sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Selepas menimbang kesemua hujah, dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebat untuk kesalahan pertama.
“Pada kesalahan kedua, tiga tahun penjara dan dua sebatan. Kedua-dua hukuman berjalan berasingan,” katanya.

Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun memohon penangguhan hukuman untuk anak guamnya itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Selepas dipertimbangkan, Rofiah membenarkan dengan syarat jaminan tertuduh RM7,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.

“Kamu juga perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan selain pasport diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya./sinarharian

3 lelaki, ibu tunggal ditahan

3 lelaki, ibu tunggal ditahan
KULIM: Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih.

“Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan.

“Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana.

Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar.

“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan.

Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai.

“PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya./sinarharian

Juruterbang didenda khalwat isteri orang

Juruterbang didenda khalwat isteri orang
SUBANG: Seorang juruterbang dan seorang suri rumah dihukum denda masing-masing RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Tropicana Golf Resort di sini, Mei lalu.

Juruterbang, Mohd Zafrie Mohd Jasbir Khan, 30, dan pasangannya, Nur Sarah Euzen Petrus, seorang suri rumah, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu.

"Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf, tak guna juga.

“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,” katanya.

Pasangan itu didakwa berkhalwat di Blok K, Kondo Riana Green, Jalan PJU 3/1C, Tropicana Golf Resort di sini, kira-kira jam 4 pagi, 16 Mei lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan oleh Pendakwa Syarie, Shafezan Rosli mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shafezan ketika mengemukakan fakta kes berkata, pasangan itu ditangkap penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke rumah itu selepas mendapat maklumat awam.

Penguat kuasa mengambil masa lebih 40 minit untuk mendapatkan kerjasama penghuni sehingga memaksa mereka memecahkan pintu hadapan.

Pasangan itu ditemui dalam rumah berkenaan yang tidak memasang lampu./sinarharian

Inspektor polis dihadap ke mahkamah atas dakwaan rasuah

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang pemandu teksi kira-kira tiga tahun lepas.

Inspektor Mohd Firdaus Mohd Japar, 26, dari Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes adik pemandu teksi itu dan rakannya yang ditahan bagi siasatan kes samun dan rompak.

Mohd Firdaus didakwa menerima RM3,000 daripada Norman Sapingai, 31, di Balai Polis Sungai Buloh pada 23 Feb, 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan dari 2 hingga 6 April.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mahamad Sukri Abu Seman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Nawab Zadah Khan./Bernama

Sembunyi atas loteng elak ditangkap

Lelaki_yang_menyorok_di_loteng_(baju_merah)_bersama_pasanganya
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bersembunyi atas loteng ditahan pihak berkuasa bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Pandan Indah, awal pagi semalam.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika ditahan, lelaki berusia 20-an itu berpa­kaian lengkap, bersama pasa­ngannya berusia 22 tahun, yang hanya memakai baju tidur, kira-kira jam 4 pagi.

Pegawai masjid berkenaan, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis itu bekerja sebagai pegawai pemasaran insurans. Pasangannya baru bekerja di syarikat yang sama.

“Gadis itu mendakwa dia seorang sahaja di bilik itu, tetapi kami mengesan lelaki berkenaan menyorok di loteng. Mereka antara dua pasangan lain yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di hotel berkenaan,” katanya./sinarharian

11 dicekup ketika minum arak

Ahmad_Nawi_menyoal_siasat_sekumpulan_lelaki_dan_wanita_yang_dipercayai_minum_arak._(muka_semua_kasi_
KUALA LUMPUR: Seramai 11 individu ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Masjid Al-Azim Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) kerana minum arak di khalayak ramai di Bukit Permai dan Bukit Langat, Ampang, awal pagi semalam.

Seorang daripada mereka, seorang lelaki, pernah ditahan anggota penguat kuasa tahun lalu di lokasi yang sama.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, ketika serbuan di Bukit Permai, pihaknya mendapati sekumpulan daripada tujuh lelaki dan dua perempuan sedang bergurau senda.

“Sebotol arak dan air berkarbonat diletakkan berhampiran mereka dan seorang anggota unit beruniform bersama kekasihnya, isteri orang yang sarat mengandung, turut ditahan,” katanya.

Beliau berkata, di Bukit Langat, dua lelaki ditahan anggota penguat kuasa apabila sebotol arak dijumpai di dalam kereta yang dinaiki.

Kesemua individu yang ditahan itu pekerja swasta berusia 23 hingga 30 tahun.

Ahmad Nawi, yang mengetuai operasi bermula jam 12.30 hingga 4 pagi itu berkata, kesemua individu terbabit akan diberi kaunseling di Masjid Al-Azim pada 29 Januari ini./sinarharian

Bangla dicekup khalwat dengan bini orang

Abang Bangladesh dicekup khalawat
AMPANG: Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.

Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.

Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali./sinarharian


















Warga emas dituduh cabul kehormatan cucu perempuan

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.

Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Feb untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne./Bernama










Selasa, 24 Januari 2012

Remaja hilang ikut teman lelaki

Hilang
KULAIJAYA: Seorang ibu dari Kampung Melayu Sengkang, di sini merayu agar anak gadisnya pulang ke pangkuan keluarga selepas empat hari didapati hilang tanpa sebarang khabar berita.

Tukinah Mahmood, 49 berkata, anaknya, Nurul Shafiqa Abu Amin, 16, tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu selepas dia dikatakan mahu bermalam di rumah rakan baik­nya di Taman Manis, Kelapa Sawit, di sini.

“Jumaat lalu dia pulang ke rumah seperti biasa selepas balik dari sekolah, tetapi kemu­dian kira-kira jam 2.30 petang, dia keluar menaiki bas sekolah yang sering dinaiki dan turun di Pekan Kulai.

“Sudah puas kami menghubungi telefon bimbitnya namun gagal, malah rakannya yang berada di Taman Manis memberitahu Shafiqa tiada di rumahnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Tukinah berkata, salah seorang rakan Shafiqa yang tinggal berhampiran, menceritakan bahawa anak bongsunya itu ada memberitahu mahu lari dari rumah sambil mena­ngis teresak-esak pada hari kejadian, sebelum dia menghilangkan diri.

“Sebelum ini dia berkelakuan seperti biasa, malah tidak pernah merungut atau menceritakan sebarang masalah yang dihadapi,” katanya.

Katanya, akibat resah de­ngan kehilangan anaknya itu, dia dan suami bergegas ke rumah salah seorang buruh ladang warga Indonesia di kawasan berhampiran yang dikatakan mempunyai hubu­ngan dengan anaknya.

“Saya diberitahu, Shafiqa ada berkawan dengan buruh Indonesia bernama Mahsup yang bekerja di ladang berhampiran dan segera mencarinya di rumah buruh berkenaan.

“Namun setibanya di sana, kami dapati Mahsup sudah keluar dari rumah berkenaan dengan membawa semua pakaian dan telefon bimbitnya,” katanya.

Tukinah berkata, susulan kejadian itu beliau mengesyaki anaknya mungkin keluar dari rumah bersama lelaki berkenaan dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulaijaya pada 21 Januari lalu.

Dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya agar segera menghubunginya di talian 019-7364955./sinarharian

Isnin, 23 Januari 2012

Lelaki maut dengan leher dikelar dalam kereta

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga tempatan, dengan kesan kelar di leher, ditemui di tempat duduk belakang sebuah kereta berhampiran laluan pejalan kaki di Pasar Borong Selayang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata mangsa yang berusia lingkungan 40-an ditemui orang ramai kira-kira pukul 2 pagi.

"Mangsa dipercayai dikelar dan dibiarkan di dalam kereta yang ditempatkan berdekatan kawasan tong ikan di dalam pasar tersebut... hasil pemeriksaan, kita tidak menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa, tetapi kita masih lagi meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau barang berharga mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan./Bernama

Tikaman cemburu dalam tandas


PENG KEAT yang cedera ditikam di dalam tandas sebuah kelab malam di George Town, Pulau Pinang kelmarin masih kelihatan lemah ketika dikunjungi Peng Soon (kanan) semalam.
GEORGE TOWN: Hasrat adik pemain badminton beregu negara, Chan Peng Soon untuk mengambil teman wanitanya pulang dari tempat kerja terbantut apabila dia cedera parah selepas ditikam seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Lebuh Union di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 pagi yang dipercayai bermotifkan cinta tiga segi itu menyebabkan Chan Peng Keat, 21, cedera parah di perut dan rusuk kiri manakala buah pinggangnya terpaksa dibuang selepas dibedah di Hospital Pulau Pinang./kosmo

Kanak-kanak perempuan jadi tebusan lelaki bogel

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bogel yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika mereka sekeluarga sedang menonton televisyen di Kampung Baru, hari ini.

Ketika kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa anak sulung yang berusia 10 tahun dilarikan suspek ketika bersama enam anggota keluarganya.

Mangsa kini dijadikan tebusan didalam bilik di rumah berkenaan./sinarharian

Pekerja kilang Myanmar mati ditetak

KLANG: Seorang pekerja kilang rakyat Myanmar ditemui mati dengan kesan tetakan dan hentakan di kepala di asrama pekerja sebuah kilang besi di Jalan Kapar di sini, pagi ini.

Mangsa, Nyo Chaw, 36, ditemui tertiarap dengan berlumuran darah di dalam kabin yang dijadikan bilik oleh seorang rakan senegaranya pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Shukor Sulong berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada pengurus kilang terbabit pada pukul 9.52 pagi.

Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati telah meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk di bahagian kepala.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang telah empat tahun bekerja di premis itu dipercayai bertengkar dengan seorang rakan sebiliknya, malam semalam namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.

Bagaimanapun, rakannya itu disyaki telah melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Mohd Shukor berkata pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebilah pisau pemotong daging dan sebatang besi di luar bilik asrama yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa.

Selain itu, dua dokumen pengenalan diri milik si mati dengan rakan sebiliknya itu turut ditemui, katanya di sini hari ini.

Mohd Shukor tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah akibat pergaduhan antara mangsa dan rakan sebiliknya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis kini mengesan rakan sebiliknya itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan./Bernama

Ahad, 22 Januari 2012

Duda disimbah asid, dua pelajar ditahan

KOTA BHARU: Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun awal hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang duda disimbah asid di Tendong, Pasir Mas dekat sini Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, dua pelajar itu, tinggal di Wakaf Bharu, Tumpat ditahan kira-kira 2.35 pagi tadi.

Kedua-dua suspek itu ditahan reman tujuh hari mulai hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata polis sedang menyiasat punca kejadian itu.

Dalam kejadian 12.15 pagi Ahad lepas, Wan Hussin Wan Yusoff, 52, cedera parah di muka akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid, dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam keadaan stabil.

Berikutan kejadian itu, polis menahan dua wanita dipercayai bekas isteri duda terbabit di dua tempat di Tumpat pada hari sama.

Seorang daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin lepas./Bernama

Mahkamah tolak rayuan pelajar bunuh jiran

PUTRAJAYA: Seorang bekas pelajar sekolah kekal ditahan di bawah ihsan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap kesalahan membunuh seorang penyambut tetamu, sembilan tahun lalu.

Lelaki itu kini berusia 25 tahun dan melakukan kesalahan itu, ketika berumur 16 tahun.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria mempengerusikan lima anggota panel mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah melakukan pembunuhan dengan memutuskan tidak terdapat merit bagi menimbang rayuan itu.

Hakim lain sebagai anggota panel terdiri Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar serta Datuk Hasan Lah.

Pemuda itu disabit kerana membunuh jirannya, Khadijah Abu Bakar, 22, di flat Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang, antara jam 1 dan 3.35 pagi Mac 23, 2002.

Pada 1 Disember 2006, pemuda itu dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di akhir pendakwaan kes.

Pihak pendakwa merayu kepada mahkamah rayuan yang pada 3 Ogos 2008 mengetepikan pembebasannya dan memerintahkannya membela diri di atas pertuduhan membunuh.

Pada akhir kes pembelaan, dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Disember 2008 dan diperintahkan ditahan di bawah ihsan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Dia membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan selepas gagal di Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya pada 9 Mei tahun lalu.

Menurut kes pendakwaan, pemuda itu membunuh Khadijah kerana didakwa mengintainya.

Khadijah dijumpai mati berlumuran darah di bilik tetamu rumahnya. Pakar bedah mengesahkan dia mati kerana kehilangan darah akibat luka ditetak 139 kali./sinarharian

Sabtu, 21 Januari 2012

Saksi anak dirogol

PORT DICKSON: Seorang ayah bersama dua anaknya lelakinya melalui pe­ngalaman sedih apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol di sebuah rumah kosong di taman perumahan di sini, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam 8.30 malam.

Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan.

“Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.

Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.

“Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.

“Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

Dalam pada itu, Baljeet turut menegaskan orang ramai terutamanya perempuan untuk tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ajakan lelaki sama ada kenalan atau tidak lebih-lebih lagi apabila diajak ke kawasan terpencil.

Dalam perkembangan lain, Baljeet dalam Operasi Cegah Jenayah mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya ketika musim perayaan ini.

“Jika membawa wang dalam kuantiti yang banyak elakkan berjalan berseora­ngan dan segera membuat laporan polis jika sedar diekori oleh orang tidak dikenali atau mencurigakan.

“Pengurusan bank juga perlu memainkan peranan mereka untuk menasihatkan pelanggan mereka agar melakukan langkah berjaga-jaga dan tidak cuai sehingga boleh mengundang jenayah,” katanya semalam ketika melakukan operasi tinjauan ke beberapa buah bank di Bandar Port Dickson.

Katanya, orang ramai terutamanya warga emas yang melakukan urusan bank menunaikan cek Bantuan Rakyat 1 Malaysia juga perlu ditemani oleh anak atau kenalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini./sinarharian

Khamis, 19 Januari 2012

Disamun, dikurung, dirogol dan gambar bogel dirakam

SHAH ALAM: Disamun, diikat mata, dikurung, dirogol dan gambar bogel dirakam, adalah detik hitam dilalui seorang wanita yang merupakan pelatih sebuah bank dalam kejadian 9 Januari lalu.

Mangsa yang berumur 24 tahun sebelum kejadian malang itu memandu kereta bersendirian menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Shah Alam di Seksyen 19, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, setiap hari mangsa menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya di ibu negara.

Menurut sumber, ketika mangsa baru meletakkan kenderaannya, datang sebuah kenderaan lain dinaiki dua lelaki.

“Suspek menarik keluar mangsa dan terus mengacukan sebilah parang di lehernya. Suspek meminta wang tetapi mangsa mengatakan duit di dalam bank.

“Berang dengan pengakuan tersebut, suspek mencabut tudung mangsa dan mengikat matanya. Mangsa dibawa lari menaiki kereta dengan niat untuk membawanya ke bank,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak membawa mangsa ke bank, sebaliknya membawa wanita itu ke sebuah rumah yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa terus dikurung di dalam sebuah bilik. Kemudian, datang seorang lagi suspek, merogol dan merakam gambar bogel mangsa,” katanya.

Sumber berkata, sebelum didata­ngi suspek ketiga, mangsa dipaksa meminta wang daripada keluarga atas alasan salah seorang penjenayah itu berhutang dengan ah long, RM2,000.

“Selepas dirogol dan diugut, mangsa menelefon teman lelakinya dan meminta wang RM500,” katanya.

Menurutnya, suspek membawa mangsa untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum ditinggalkan di Stesen KTM Komuter Batu 3, dalam keadaan tidak bermaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu./sinarharian

Penganggur dituduh culik, bunuh ahli perniagaan Singapura

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura di bandar raya ini, November lepas.

S. Periasamy, 36, dituduh dengan niat menahan Sim Chee Yong, 56, dengan cara melarikan dan menghalang mangsa bagi mendapatkan tebusan sebanyak RM800,000 di Jalan Tun Abdul Razak di sini, kira-kira 11 malam, 26 Nov tahun lepas.

Dia turut dituduh dengan niat membunuh Sim di muara Sungai Kong Kong, Masai di sini, antara pukul 3 pagi, 30 Nov sehingga 11.30 pagi, 1 Dis lepas.

Dia dituduh bersama-sama dengan lima yang lain yang telah dituduh di mahkamah ini pada 11 Jan lepas.

Pertuduhan pertama mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Periasamy mengangguk faham terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Isa Mohamad, namun tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil dan Periasamy diwakili peguam Iszam Kamal Ismail. Mahkamah menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan forensik. /sinarharian

Dibunuh kejam ditikam dileher

Dibunuh kejam ditikam dileher
NILAI: Seorang wanita dijumpai maut, di Taman Permainan Taman Desa Melati Fasa 1, di sini, semalam, akibat ditikam di leher.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, mayat Raftah Abdul Samad, 51, ditemui seorang lelaki sedang berjoging kira-kira jam 7 pagi.

“Terdapat kesan tikaman dileher mangsa dan wanita itu dipercayai mati kira-kira selepas enam jam, akibat pendarahan teruk.

“Kami turut menjumpai telefon bimbit, kunci kereta, dokumen dan dompet dipercayai milik mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, di sini, semalam.

Mohd Yusoff berkata, pihak nya tidak menjumpai senjata dan kesan pergelutan atau dirogol.

“Kita menolak unsur samun kerana semua barangan mangsa tidak dilarikan,” katanya.

Menurutnya, penduduk mendakwa mangsa bekerja di sebuah resort di Port Dickson, dilihat meletakkan kenderaan di kawasan taman perumahan berkenaan, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

“Kita sedang siasat untuk mengenal pasti motif kejadian dan tujuan mangsa pergi ke taman berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat, diminta hubungi Balai Polis Nilai 06-7991222 atau balai polis berdekatan./sinarharian

Rabu, 18 Januari 2012

Wanita ditemui mati dibunuh di taman permainan

NILAI: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan kesan tikaman di leher di taman permainan di kawasan perumahan Taman Desa Melati, di sini hari ini.

Mayat wanita berusia 51 tahun itu yang lengkap berpakaian dan bertudung ditemui seorang penduduk pada pukul 7 pagi tadi ketika sedang berjoging di taman tersebut.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Mohd. Yusoff Awang berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh antara pukul 2 hingga 3 pagi.

"Pada mulanya orang awam berkenaan menyangka wanita tersebut sedang tidur, namun apabila ternampak darah dia terus menghubungi polis dan apabila sampai kita mendapati wanita tersebut telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini./Bernama

Bekas pegawai pendakwa mengaku salah merogol anak tiri sejak berusia 6 tahun

SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya di Seksyen 17, di sini.

Tertuduh berusia 59 tahun itu berbuat demikian bagi memohon maaf terhadap mangsa yang dirogolnya sejak berusia enam tahun. Sambil menangis teresak-esak di atas lantai, lelaki itu melahirkan perasaan kesal terhadap perbuatannya sambil disaksikan isterinya yang juga ibu mangsa.

Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.

Bagaimanapun, ‘drama’ tidak berakhir di situ apabila ibu mangsa memeluk erat anaknya tidak rela berpisah dengan mangsa yang diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.

Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.

itu, katanya, hukuman berat perlu bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan.

atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.

Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. “Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu),” katanya. Berdasarkan fakta kes, tembelang tertuduh pecah apabila mangsa menceritakan kepada ustazahnya bahawa dia ‘berzina’ dengan bapanya selepas mempelajari perkara yang membatalkan puasa ketika pendidikan agama.

Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.

Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.

Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya./hmetro

Bapa serbu anak anak gadisnya, 15 tahun menginap di hotel bersama dua lelaki

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ayah selepas mendapat tahu anak gadisnya berusia 15 tahun yang lewat pulang ke rumah sebenarnya menginap di hotel bajet di Taman Desa bersama dua lelaki.

Malah, remaja bawah umur itu turut mengakui mengadakan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki itu, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pekerja kilang berusia 39 tahun itu bersama rakan baik anaknya pergi ke hotel berkenaan sebaik mendapat tahu anaknya berada di hotel itu.

Menurut sumber, dia pada mulanya menyangka anak gadisnya itu lewat pulang dari sekolah kerana mengulang kaji pelajaran sebelum menghubungi rakan baik anaknya untuk mengetahui ke mana anaknya itu pergi.

“Lelaki berkenaan terkejut selepas dimaklumkan anaknya berada di bilik hotel di kawasan berhampiran sebelum mengajak rakan anaknya pergi ke hotel itu.

“Namun sebaik pintu bilik hotel dibuka, dia terkejut mendapati anaknya berada bersama dua lelaki.

“Tergamam melihat keadaan itu, lelaki terbabit terus bertindak menahan kedua-dua rakan anaknya itu, namun seorang daripada mereka berjaya melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu kemudian membawa anaknya dan rakan lelakinya itu untuk membuat laporan di Balai Polis Petaling.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit./hmetro

Tetak kaki adik kandung dengan parang

KUALA LUMPUR: Hasrat murni seorang adik mahu membetulkan kesalahan abang kandungnya mengundang padah apabila dia bukan saja dipukul malah kaki kirinya turut ditetak dengan parang dalam kejadian di kawasan flat di Jalan Kenanga, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia 26 tahun menasihatkan abangnya berusia 30-an supaya berhenti memburukkan nama adik perempuan mereka dengan menuduhnya sebagai pelacur hingga menimbulkan kemarahan lelaki terbabit.
Akibat perbuatan kejam itu, mangsa menerima 10 jahitan di kaki kirinya dan mengalami kecederaan di seluruh tubuh serta masih ditahan di wad hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa bersendirian ke rumah abangnya untuk berbincang mengenai masalah berkenaan.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa memanggil abangnya keluar dan berbincang mengenai keceluparan abangnya itu yang sengaja menuduh adik perempuan mereka sebagai pelacur./hmetro

Merajuk dengan ibu, remaja lari ikut rakannya

CHUKAI: “Ana terjun dari tingkap biliknya lepas campakkan beg pakaiannya ke tanah dan kemudian dia terus naik kereta yang sedang menunggu di tepi rumah,” kata seorang ibu, Anita Othman, 44, yang mendakwa anak gadisnya lari bersama rakannya, 9 Januari lalu.

Pelajar Tingkatan Tiga itu gagal dikesan sehingga sekarang.

Mengakui terkejut dengan tindakan anak keduanya, Wan Suhana Wan Rohin, 15, yang nekad terjun dari tingkap rumah walau tingkap rumah mereka yang agak tinggi dari tanah.

Anita berkata, dia yang menyedari perkara itu cuba mengejar selepas anaknya yang mesra dipanggil sebagai Ana terjun tetapi gagal kerana Ana pantas masuk ke dalam kereta sebelum kereta tersebut memecut laju.

Menurut ibu tiga anak ini, sebelum terjun Ana terlebih dahulu menyandarkan pintu biliknya dengan almari agar biliknya tidak dapat dimasuki.

“Tetapi anak mak cik yang bongsu sedar akan kelakuan pelik Ana yang sebelum itu mundar mandir di ruang tamu rumah. Sebaik Ana terjun dari tingkap anak bongsu mak cik yang baru berumur 12 tahun menjerit memberitahu sebelum mak cik kejar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Chukai, hari ini.

Anita dari Jalan Banggol Kanan dekat sini, yang bekerja sebagai tukang sapu memberitahu, mereka sekeluarga mengesyaki Ana lari bersama kawannya itu berusia 19 tahun gara-gara persahabatan mereka berdua berdua dihalang keluarga.

Malah, katanya, pada 2 Januari lalu Ana juga tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam selepas keluar bersama Alan sejak jam 4 petang menyebabkan mereka sekeluarga melaporkan kes kehilangan anaknya kepada polis.Bagaimanapun kira-kira jam 2 pagi barulah Ana dihantar pulang.

"Lepas lari sembilan hari lalu puas kami cuba hubungi dia tetapi gagal sebab telefon ditutup atau dia sudah tukar nombor telefon lain. Sehingga sekarang dia tidak pulang dan langsung tiada khabar berita, kami juga puas mencarinya di Paka kerana tomboy itu tinggal di sana tetapi gagal," katanya.

Susulan itu kehilangan itu, Anita bersama suaminya, Yusof Ibrahim membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada 11 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan berkenaan.

Justeru itu, Ana dirayu kembali semula ke pangkuan keluarga kerana dikhuatiri sesuatu yang tidak baik akan menimpanya.

Sesiapa yang terlihat Ana diharap dapat menghubungi keluarganya menerusi talian 014-8443564./sinarharian