Rabu, 18 Januari 2012

Penganggur dituduh bunuh teman wanita

IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh teman wanitanya di kediamannya di Panorama Lapangan Perdana pada 31 Disember lepas.

S.Manoharan, 50, dituduh membunuh Indeer Kaur a/p Jeswant Singh, 23, di rumah No 22, Lapangan Perdana 26, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, antara pukul 7 pagi dan 8 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Manoharan dan tertuduh tidak diwakili peguam semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed.

Mohamad Nasruddin kemudiannya menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Al-Hirzan Mohamad Akhir./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan