Isnin, 23 Januari 2012

Lelaki maut dengan leher dikelar dalam kereta

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga tempatan, dengan kesan kelar di leher, ditemui di tempat duduk belakang sebuah kereta berhampiran laluan pejalan kaki di Pasar Borong Selayang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata mangsa yang berusia lingkungan 40-an ditemui orang ramai kira-kira pukul 2 pagi.

"Mangsa dipercayai dikelar dan dibiarkan di dalam kereta yang ditempatkan berdekatan kawasan tong ikan di dalam pasar tersebut... hasil pemeriksaan, kita tidak menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa, tetapi kita masih lagi meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau barang berharga mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan