Rabu, 11 Januari 2012

Lelaki ditemui mati dikelar selepas dua hari tak pulang

ANGGOTA polis memeriksa mayat Karthik yang ditemui dalam kereta di Kampung Koskan, Jalan Sungai Buaya, Rawang semalam.
RAWANG: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kelaran di leher dan pergelangan tangan kiri dalam sebuah kereta yang diletakkan di depan sebuah kuil di Kampung Koskan, Jalan Sungai Buaya dekat sini semalam.

Mayat S. Karthik (gambar), 26, yang bekerja di sebuah kilang kereta dekat sini ditemui pada pukul 11 pagi oleh orang awam yang pergi ke kuil itu untuk upacara sembahyang.

Jurucakap polis berkata, semasa ditemui, mangsa yang dalam keadaan bersandar dan berlumuran darah serta tidak memakai baju berada di tempat duduk depan kereta jenis Proton Wira miliknya.

Semasa ditemui mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh 24 jam lalu.

"Pemeriksaan menemui kesan kelar di pergelangan tangan kiri dan leher mangsa. Polis juga menemui sebilah pisau lipat warna merah di sebelah mayat mangsa.

"Turut ditemui sebotol arak yang telah kosong di dalam kereta tersebut," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan