MASAI: Seorang lelaki Filipina rebah di kaki lima di hadapan sebuah klinik setelah ditikam di bahagian dada dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam kelmarin, di Jalan Cempaka, di sini.
Mangsa, Finlan Abdul, 26, yang merupakan penduduk tetap (PR) berasal dari Tawau, Sabah dipercayai ditikam berhampiran kediamannya, telah bertindak berlari sejauh kira-kira 62 meter ke seberang jalan menuju klinik berhampiran.
Malangnya, klinik berkenaan ditutup sempena cuti umum Maulidur Rasul dan mangsa rebah lalu mati di kaki lima di hadapan klinik itu.
Orang awam yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat mangsa berlari dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dada menyeberang jalan menuju ke klinik itu.
“Saya lihat dia dalam keadaan terhuyung-hayang sambil memegang dada yang berlumuran darah. Dia berusaha berlari ke klinik ini untuk mendapatkan bantuan, tetapi malangnya klinik ini ditutup kerana cuti umum.
“Kali pertama dia rebah di kaki lima, dia masih berupaya bangun, tetapi kali kedua rebah dia tidak berupaya untuk bangun,” katanya kepada Sinar Harian.
Adik mangsa yang enggan dikenali berkata, abangnya adalah anak sulung daripada lapan beradik baru datang ke Johor Bahru kira-kira tiga bulan lalu dan baru sebulan bekerja di Pasir Gudang.
Menurutnya, abangnya sebelum ini tinggal bersamanya di rumah bapa saudara mereka di Taman Rinting, tetapi mengambil keputusan menyewa bersama sepupu di tingkat dua rumah kedai berhampiran dia ditemui mati.
“Kali terakhir berjumpa dengannya pada waktu tengah hari di kantin tempat kami bekerja. Dia kelihatan biasa sahaja dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Saya tidak sangka dia pergi dalam keadaan tragis seperti ini kerana setahu saya, dia tidak bermusuh dengan sesiapa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, siasatan polis mendapati mangsa telah ditikam di bahagian dada dengan senjata tajam berdekatan kediamannya oleh orang yang tidak dikenali.
Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan polis dan mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita mengharapkan kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi hotline polis Johor 07-2212999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan