ALOR SETAR: Akibat kecewa isteri minta diceraikan, seorang lelaki bertindak liar menyerang dan menyembur sejenis cecair gatal terhadap isteri dan dua kakak angkatnya di tempat letak kereta di hadapan sebuah rumah teres di Taman Sri Indah, Jalan Lencong Barat di sini kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Mangsa, Loo Sook Ching, 31, kakak angkat isteri suspek, Prapasri Sae Chan, 27, berkata, ketika kejadian, dia bersama Sae Chan dan seorang lagi teman, Leong Bee Wai, 31, baru hendak keluar dari rumah untuk membeli makanan di kedai berhampiran.
Menurutnya, ketika sedang mengunci pintu rumah dan Bee Wai mengeluarkan kereta dari tempat letak kenderaan, mereka dikejutkan dengan jeritan suspek dikenali sebagai Sam, 43, yang marah-marah dan bertanya tujuan mereka.
“Kami terkejut dengan pertanyaan Sam yang ketika itu berada di luar kawasan rumah kami dan menjawab hendak pergi keluar makan.
“Secara tiba-tiba, Sam membuka bonet kereta, mengambil sesuatu, meluru pantas ke arah saya dan terus menyembur sejenis cecair yang tidak dapat dikenal pasti ke arah muka.
“Mujurlah saya sempat mengelak dan cecair itu hanya terkena di bahagian belakang badan, tangan dan tengkuk saya. Jika tidak saya tidak tahu apa terjadi pada diri saya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.
Sementara itu, isteri suspek, Sae Chan berkata, dia bersama Bee Wai cuba menghalang dengan menarik tangan suaminya dan menyembur air ke arah Sook Ching menggunakan paip getah yang terletak di kawasan berdekatan.
Bagaimanapun, suaminya bertindak lebih ganas menyembur cecair aneh itu ke arah Bee Wai dan dirinya sebelum bertindak memukul Sook Ching berulang kali sehingga mengalami bengkak di seluruh badan.
“Kejadian berlaku kira-kira 20 minit sebelum Sam bertindak berhenti memukul dan terus pergi meninggalkan kami setelah menyedari perbuatannya diperhatikan jiran.
“Saya sangka azab kami terhenti setakat itu, bagaimanapun tidak sampai lima minit selepas itu, Sam kembali semula ke rumah dan mengugut sambil mengancam nyawa jiran yang berada di situ sekiranya mereka membantu kami.
“Sam turut cuba melanggar orang ramai termasuk kami dengan menggunakan keretanya, namun sempat dielak. Kami terus membuat laporan polis,” katanya.
Sae Chan berkata, perbuatan Sam itu dipercayai akibat terdorong rasa kecewa dengan hasratnya yang mahu berpisah akibat tidak tahan dengan perangainya yang cemburu dan sering menderanya.
Menurutnya, satu laporan polis dibuat ke atas Sam pada 24 Januari lalu kerana bertindak kasar mencekik lehernya dan suaminya itu juga pernah menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan untuk membunuh diri dan anak kecilnya berusia 14 bulan sekiranya Sae Chan enggan pulang, empat hari lalu.
“Saya telah memfailkan permohonan penceraian dengan Sam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebulan lalu, bagaimanapun ditolak kerana tempoh perkahwinan kami tidak cukup dua tahun.
“Saya amat bimbang dengan nasib anak lelaki saya yang kini berada di bawah jagaan Sam setelah menerima SMS itu. Saya benar-benar berharap polis dapat menyegerakan siasatan kes ini dan memberi perlindungan sewajarnya terhadap saya dan anak,” katanya.
Ditanya mengapa Sook Ching dijadikan sasaran Sam dan bukan dirinya, Sae Chan tidak menolak kemungkinan Sam menganggap Sook Ching yang sebagai penghasut hingga mengeruhkan hubungan mereka.
“Syukurlah kerana tiada siapa yang tercedera dalam kejadian itu dan saya minta JPN mengkaji semula permohonan cerai saya demi keselamatan diri, anak, keluarga dan kenalan,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan