AYER KEROH: Seorang juru kimpal dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki lain dalam satu pergaduhan di Sungai Udang, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat penghakiman berkenaan selepas berpuas hati dengan segala fakta kes yang dikemukakan sepanjang perbicaraan berlangsung.
Tertuduh, Nazdmir Nasmi, 23, dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian Mohd Thaudin Juancho, 28, di hadapan rumah mangsa di Taman Peruna, Sungai Udang, kira-kira jam 8.10 malam pada 8 Ogos 2009.
Mangsa yang mendapat kecederaan di kepala akibat pergaduhan itu meninggal dunia setelah beberapa hari dimasukkan ke hospital.
Nazdmir dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya didapati bersalah.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar, sementara tertuduh diwakili Mohd Hilmy Samsudin.
Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, sementara pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah.
Menurutnya, mahkamah juga berpuas hati bahawa apa yang dilakukan tertuduh adalah sebagaimana yang diterangkan dalam kesalahan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pembelaan tertuduh juga adalah penafian semata-mata, selain asas pembelaannya tidak dikemukakan kepada saksi pendakwaan ketika kes berlangsung.
“Dengan mengambil kira semua ini, mahkamah mendapati tertuduh bersalah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ahmadi berkata, kesalahan di bawah seksyen itu hanya membawa satu hukuman, iaitu hukuman gantung sampai mati.
Sementara itu, peguam bela tertuduh turut memohon mahkamah menangguhkan perlaksanaan hukuman bagi membolehkan rayuan difailkan./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan