SERI KEMBANGAN: Dua lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tetakan di leher dan dada, dalam sebuah unit penginapan di tingkat tiga sebuah asrama di Taman Universiti Indah, dekat sini, hari ini.
Mayat kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu ditemui orang awam yang lalu lalang yang curiga melihat kesan darah di tingkat bawah bangunan, yang terus menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Majid berkata, siasatan awal menunjukkan berlaku pergaduhan di unit itu, yang didiami oleh sekumpulan pekerja kilang berhampiran lokasi kejadian, antara pukul 3 dan 6 pagi.
Beliau berkata, lelaki pertama yang hanya memakai kain pelekat ditemui terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah, dengan lebih 10 tetakan di bahagian dada.
"Seorang lagi ditemui lengkap berpakaian dalam sebuah bilik dengan kesan di sembelih di bahagian leher dipercayai dengan pisau pemotong daging. Selain itu, terdapat kira-kira 12 tetakan di dadanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan