Sabtu, 12 Februari 2011

OKU didenda RM2,000 jual VCD lucah

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) atas kesalahan menjual cakera padat (VCD) lucah, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Koo Nee Chuan,40, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya iaitu pada 8 November 2008 pada jam 12.30 pagi di kaki lima 7 Eleven, Jalan Setia 3/1, Taman Setia Indah dengan memiliki 50 keping DVD lucah.

Beliau yang didakwa di bawah Seksyen 292a, Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Hafizah Johor Ariff Johor bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau jika gagal membayar denda tersebut dikenakan hukuman penjara dua bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Dzul Iswari Mohd Jaafar dan tertuduh tidak diwakili peguam./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Komen