Khamis, 10 Februari 2011

Saksi ragut perlu tampil

PETALING JAYA: Polis meminta saksi kejadian mangsa ragut yang maut selepas koma selama tiga hari, Zabedah Abas, 46, di Taman Maju Jaya, di sini, minggu lalu supaya tampil membantu siasatan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata pihaknya diberitahu kejadian itu disaksikan seorang penduduk yang mengejar suspek, namun gagal.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau meminta saksi terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

“Jika bimbang identitinya dikenal pasti, saksi berkenaan boleh menghubungi Rakan Cop atau menghubungi Balai Polis Petaling Jaya supaya penjenayah terbabit diberkas.

“Kami juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Hisan berkata, kesedaran penduduk di kawasan itu masih berada di tahap rendah apabila tahun lalu sebanyak 1,378 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan trafik seperti tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

“Bagi Januari lalu saja sebanyak 152 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan sama manakala kes dadah mencatatkan 560 kes tahun lalu,” katanya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan