KLUANG: Tiga lelaki termasuk bapa dan anak ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket mencuri kereta jenis lama.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, semua suspek ditahan polis di Jalan Palembang kira-kira jam 1.50 pagi pada 16 Februari lalu.
“Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 53 tahun yang mana modus operandi mereka adalah menyasarkan kereta jenis lama seperti Datsun dan Nissan Sunny yang diletakkan di tepi-tepi jalan, tempat letak kereta awam dan di hadapan rumah.
“Bukan itu sahaja, suspek juga menggunakan ‘master key’ yang diubahsuai bagi menghidupkan enjin kereta ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis daerah Kluang, semalam.
Mohd Fawzi berkata, kegiatan mencuri kereta kumpulan berkenaan adalah pada waktu malam dan awal pagi, sebelum membawa kereta yang dicuri ke suatu tempat untuk dileraikan, seterusnya dipasangkan pada kereta lain.
Manakala komponen yang bernilai akan dijual mengikut harga semasa dan mengikut keperluan daripada mereka yang mahukannya.
“Kes mencuri kereta ini melibatkan anak beranak iaitu anak dan bapa yang sama-sama tidak bekerja dan hanya menjalankan aktiviti mencuri kereta.
“Bapa berumur 53 tahun dan anak dalam lingkungan 20-an. Semasa disoal siasat si bapa didapati ada melakukan lapan kesalahan lampau, manakala anak tiada kesalahan lalu. Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah kereta jenis Datsun yang dilaporkan hilang.
"Semua suspek dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Mereka ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan," katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan