HULU SELANGOR: Seorang pekerja kilang ditahan selepas disyaki merogol dan meliwat seorang pelajar Tingkatan Lima di sebuah tempat pembuangan sampah, Ahad lalu.
Suspek berusia 22 tahun itu ditahan lima jam sejurus laporan dibuat mangsa di Balai Polis Serendah kira-kira jam 11 malam. Difahamkan, mangsa yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dirogol suspek yang juga abang rakan sekelasnya.
Ketika kejadian, mangsa dijemput suspek di rumahnya di pekan Rawang selepas adiknya meminta bantuan kerana mangsa dikatakan bercadang bermalam di rumahnya di Serendah. Suspek kemudian merogol dan meliwat mangsa di kawasan ladang kelapa sawit yang juga tempat pembuangan sampah.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Tok Pinang.
Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun bukan saja dirogol malah diliwat abang rakannya di sebuah tempat pembuangan sampah di Serendah, Ahad lalu./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan