KOBLENZ: Kes perbicaraan seorang lelaki Jerman yang mengaku dia melakukan hubungan seks dengan seorang anak perempuan tirinya sehingga memperoleh tujuh orang anak bermula di sini semalam.
Lelaki itu yang berusia 48 tahun dan dikenali sebagai Detlef S. berdepan 350 dakwaan mencabul dua gadis bawah umur dalam jagaannya di antara tahun 1987 hingga 2010 selain 35 dakwaan mengadakan hubungan seks dengan juvenil.
Dia berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah.
Menurut kertas pendakwaan, defendan mula mencabul anak tirinya itu yang merupakan pasangan kembar pada 1987 ketika mereka berusia sekitar empat tahun.
Kedua-dua anak tirinya itu kini berusia 28 tahun.
Tiada pengakuan dibuat manakala peguam tertuduh mengaku anak guamnya adalah bapa tujuh anak si mangsa.
"Anak guam saya mengaku bapa kepada anak-anak itu dan ia bukan sebahagian pertuduhan terhadapnya. Dia tidak bersalah sehingga terbukti sebaliknya," kata peguam tersebut.
Tertuduh ditahan sejak Ogos tahun lalu selepas seorang anak perempuan tirinya membuat laporan polis./AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan