Isnin, 14 Februari 2011
Dua kumpulan samseng bertempur
ANGGOTA polis memeriksa lokasi pertempuran membabitkan dua kumpulan kongsi gelap di Klang semalam
KLANG: Dendam yang bersarang sekian lama antara dua kumpulan gengster berpengaruh di daerah ini dipercayai menjadi punca berlaku pertumpahan darah di hadapan deretan kedai di Jalan Datok Manan di Kapar di sini semalam.
Pergaduhan ala mafia melibatkan kira-kira 20 lelaki itu menyebabkan empat mangsa cedera parah dan bergelimpangan atas jalan.
Salah seorang daripada mangsa yang cedera mempunyai kesan tembakan di sebelah kakinya.
Dalam pertempuran pada pukul 6 pagi itu, kedua-dua anggota kumpulan terbabit yang berumur antara 20 hingga 35 tahun dipercayai membawa pelbagai senjata seperti parang, batang besi dan senjata api.
Pergaduhan tersebut tidak terhenti setakat itu apabila turut menyebabkan dua buah kereta iaitu kereta Proton Waja dan kereta Proton Perdana yang berada kira-kira 200 meter dari tempat pertempuran dua kumpulan samseng itu dibakar./kosmo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan