PENGKALAN BALAK: Perompak balik dengan tangan kosong apabila memecahkan peti tabung di Masjid Kampung Sungai Tuang yang tidak berisi wang, dekat sini, awal pagi Khamis lalu.
Imam Masjid Kampung berkenaan, Abdul Rahman Daud berkata, dia yang datang ke masjid kira-kira jam 5.45 pagi untuk persediaan menunaikan solat subuh terkejut apabila mendapati pintu tepi masjid sudah terbuka.
Menurutnya, dia datang seorang diri pada waktu itu seperti biasa dan mendapati tikar sejadah imam bergulung-gulung, manakala karpet juga dalam keadaan tidak terurus seperti diselongkar untuk melihat apa yang ada di bawahnya.
“Ketika saya nak betulkan semula sejadah dan karpet, saya terus berpaling ke belakang dan saya dapati peti tabung masjid yang ada di dinding sudah dipecahkan perompak.
“Bilik azan pun kena pecah juga, cuma satu bilik yang menjadi tempat menyimpan peralatan audio, telefon dan komputer yang pintu kayunya gagal dibuka, namun pintu ‘grill’ habis diumpil,” katanya.
Abdul Rahman bersyukur kerana tiada sebarang peralatan dan wang hilang.
Menurutnya, dia sempat berpesan kepada seorang ahli masjid supaya mengunci peti tabung berkenaan manakala sejumlah wang anggaran RM50 telah dikeluarkan untuk dimasukkan ke tabung lain.
Katanya, masjid berkenaan sering menjadi sasaran perompak dan ini adalah kali keempat masjid itu dipecah masuk, namun tidak kehilangan sebarang harta benda masjid kecuali mengalami kerosakan pada pintu masjid dan tabung sumbangan yang ada./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan