BESUT: Hasrat dua lelaki dipercayai cuba mencuri kabel telefon di Kampung Lampu dekat Kuala Besut di sini, kelmarin tidak kesampaian apabila aktiviti jahat mereka dilihat orang ramai dan akhirnya mereka berjaya ditangkap sebelum dibelasah.
Dua suspek berusia 20-an dikatakan dari Gunung, Bachok, Kelantan sebelum itu melarikan diri dengan bersembunyi di dalam semak apabila kegiatan mereka yang dilakukan kira-kira jam 7 malam itu dilihat orang ramai yang lalu lalang di jalan utama menghubungkan Kuala Besut–Seberang Jertih itu.
Dikatakan, salah seorang suspek memanjat pokok berhampiran kabel untuk memotong kabel dengan pemotong manakala rakannya menunggu di bawah.
Sebaik menyedari orang ramai mengetahui kegiatan mereka, suspek lari menyembunyikan diri tetapi berjaya ditemui penduduk kampung dua jam kemudian.
Orang pertama yang berjaya menemui suspek sedang bersembunyi yang hanya mahu dikenal sebagai Zani, 24, berkata, selepas terserempak dengan orang ramai yang kemudiannya memaklumkan kepada polis, suspek dilihat berlari ke arah semak kira-kira 150 meter dari Pasar Borong Kuala Besut di sini.
Menurutnya, dua lelaki itu terpaksa berjalan kaki dipercayai selepas rakan mereka yang menunggang motosikal telah lari meninggalkan mereka apabila menyedari kehadiran penduduk dan polis.
“Saya bersama isteri menaiki sebuah motosikal mencari di kawasan belukar berkenaan di tepi anak sungai kerana mengesyaki suspek bersembunyi di situ setelah ada saksi yang melihat mereka berlari ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Zani berkata, beberapa minit selepas menggeledah semak tersebut, lampu suluhnya tersuluh kepala suspek yang sedang bersembunyi dengan keadaan berbaring di dalam semak.
Menurutnya, dia kemudian bertindak menyuluh ke arah lain sambil berkata dengan suara yang kuat bahawa suspek tidak ada di situ sebagai muslihat supaya suspek menyangka mereka belum dilihat.
“Saya berbisik kepada isteri yang berada berhampiran motosikal agar dia pergi memberitahu penduduk kampung mengenai penemuan suspek yang sedang bersembunyi di situ,” katanya.
Katanya, sepantas kilat kemudian ratusan penduduk kampung menyerbu semak itu dan melepaskan geram mereka dengan membelasah salah seorang daripada suspek sebelum menemui seorang lagi rakannya yang bersembunyi satu meter dari situ dan menerima nasib sama.
“Penduduk tidak dapat mengawal perasaan mereka memandangkan di kawasan itu terlalu kerap kabel telefon dicuri dan kejadian kecurian kabel selama ini amat menyusahkan orang ramai.
“Kehadiran polis di tempat kejadian berjaya menyekat kemarahan orang ramai dan suspek kemudian di bawa ke Balai Polis Kuala Besut,” katanya.
Katanya, salah seorang daripada dua suspek itu merayu agar orang ramai tidak memukulnya dengan alasan kononnya pada hari itu kali pertama dia terlibat melakukan jenayah itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan keja-dian dan polis masih menjalankan siasatan lanjut./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan