Jumaat, 18 Februari 2011

Empat didakwa tuduhan menculik

MUAR: Tiga lelaki dan seorang wanita yang didakwa menculik mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam. 

Mereka yang didakwa adalah Lim Chong Meng, 30; Wong Ming Ching, 22; Tan Leng Hwa, 59; dan Chok Yi Wen. 

Bagaimanapun tertuduh ditahan semula dan dibawa ke Kluang untuk didakwa mengikut Seksyen 343. 

Empat tertuduh, termasuk Leng Hwa yang merupakan rakyat Singapura telah ditahan kerana menculik mangsa di Jalan Jaya di Kluang pada 27 Januari tahun lalu. 

Menurut kes, keempat-empat tertuduh tinggal di Kluang telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa sebagai pembebasan, tetapi selepas berunding tertuduh setuju untuk menerima RM500,000. 

Bagaimanapun, belum sempat pembayaran wang tebusan itu dibuat, keempat-empat tertuduh telah ditahan pada 1 Februari 2010 dan dituduh kerana menculik. 

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul semalam memohon keempat-empat tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan kerana mereka tidak menerima sebarang wang tebusan. 

Tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 343 Kanun Jenayah untuk pengurangan hukuman dengan kebenaran Hakim, Datuk Ahmadi Asnawi. 

Beliau juga berkata, tertuduh dibawa pulang ke Kluang untuk didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, semalam./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Komen