Selasa, 15 Februari 2011

Tipu kahwin elak ditahan kerana berkhalwat

KUALA LUMPUR: Pelbagai helah digunakan oleh pasangan yang ditahan kerana kesalahan berkhalwat sempena Hari Kekasih untuk melepaskan diri ketika diserbu pihak berkuasa semalam.

Ada dalam kalangan pasangan terbabit menipu dengan mendakwa telah berkahwin namun gagal membuktikan kesahihan status perkahwinan mereka.

Di Johor Bahru, pasangan yang ditahan kerana didapati berkhalwat di sebuah hotel murah di bandar raya tersebut kelmarin bercanggah keterangan tentang lokasi mereka dinikahkan.

Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Khalil Satar berkata, pasangan warga Indonesia berusia 25 dan 35 tahun yang ditahan dalam ‘Ops Valentine’s Day’ itu mengaku telah berkahwin tetapi gagal meyakinkan pihaknya./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Komen