SUBANG JAYA: Empat penyamun yang menggunakan kenderaan mewah menyamun dua beradik di depan sebuah bank di USJ Taipan pagi semalam kempunan merasa hasil jenayah apabila dua daripadanya berjaya diberkas hasil kecekapan polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, suspek dikatakan memecahkan cermin tingkap kenderaan dinaiki tiga beradik yang masing-masing baru keluar daripada sebuah bank.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Abdul Aziz Abdul Majid berkata, sebelum itu kedua-dua mangsa wanita masuk ke dalam bank sementara abang mereka menunggu di dalam kereta.
Menurutnya, selepas mengeluarkan wang, kedua-dua mangsa kemudian kembali ke kereta jenis Honda Accord yang dipandu abang mereka.
“Sebaik masuk ke dalam kereta, dua lelaki tiba-tiba muncul memecahkan cermin tingkap menggunakan parang dan tukul sebelum melarikan beg duit milik mangsa.
“Kesemua suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta jenis BMW yang menunggu berhampiran,”katanya.
Abdul Aziz berkata, bertindak atas maklumat, anggota polis peronda yang kebetulan membuat rondaan cegah jenayah mengejar suspek kira-kira 600 meter dari jarak bank yang terletak di USJ 10 hingga ke Persiaran Ikhlas.
“Kenderaan digunakan kumpulan penyamun itu dapat dipintas, dua daripada empat suspek masing-masing berusia 17 dan 21 tahun yang cuba melarikan berjaya dicekup selepas berlaku pergelutan. Manakala dua lagi dapat melarikan diri.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan ditinggalkan menemukan polis dengan beg duit mangsa yang mengandungi sejumlah wang, beberapa senjata termasuk parang dan tukul besi,”katanya mengesahkan polis masih lagi menyiasat sama ada kesemua barang milik mangsa berjaya ditemui semula atau pun sebaliknya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan turut mendapati kenderaan BMW yang digunakan pernah dilaporkan hilang di Petaling Jaya tahun lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan