KUALA LUMPUR, 21 Feb: Mayat bayi lelaki yang cukup sifat ditemui oleh orang awam di dalam sebuah beg plastik yang terikat kemas di tepi Sungai Kayu Ara berdekatan stesen televisyen TV3 di Damansara Utama di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bayi lelaki bersama urinya itu ditemui oleh seorang lelaki yang ingin memancing ikan di sungai berkenaan pada 3.30 petang.
Lelaki itu yang tidak tahan dengan bau busuk dari beg itu telah membukanya dan mendapati mayat bayi lelaki, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
“Kita percaya bayi berkulit sawo matang dan baru dilahirkan itu matid alam tempoh 24 jam lepas,” katanya dan menambah tiada barangan lain ditemui bersama bayi malang tersebut.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu untuk menghubungi balai polis berdekatan. Arjunaidi berkata bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan