ALOR GAJAH: Seorang warga emas yang sibuk memasak di dapur rumahnya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali sambil mengugutnya menggunakan pisau sebelum diikat di Kampung Kelemak, dekat sini, pagi semalam.
Kamsiah Maarof, 67, ketika itu membersihkan beras kira-kira jam 9.30 pagi apabila secara tiba-tiba didatangi dari arah belakang.
Menurutnya, penjenayah terbabit mengugutnya supaya menyerahkan wang tunai dan barang kemas yang dipakainya. “Saya tinggal keseorangan ketika kejadian. Bagaimanapun,
sebelum itu ada seseorang memberi salam dan bertanyakan mengenai salah seorang anak saya tetapi dia tiada di rumah.
“Kemudian, saya keluar untuk menghantarkan sarapan kepada seorang nenek yang tinggal berhampiran,” katanya.
Kamsiah berkata, sebaik pulang daripada menghantar sarapan, dia masuk ke dapur untuk menyiang ikan dan kemudian keluar semula menjemur pakaian dan kembali menyambung
semula rutin memasaknya.
“Tidak berapa lama selepas itu, saya pusing ke belakang tetapi terkejut kerana penyamun dekat dengan saya dan meminta membuka gelang tangan yang dipakai.
“Dia tanya sama ada ia emas atau tiruan tetapi kerana terlalu takut, saya jawab emas,” katanya.
Kamsiah berkata, dia dipaksa masuk ke bilik dan sekali lagi dia terkejut kerana mendapati biliknya sudah berselerak tetapi selepas diperiksa tiada barang yang hilang.
“Saya diikat menggunakan tali yang ada dalam bilik. Saya minta lelaki terbabit bukakan pintu dan lepaskan saya tetapi dihalang kerana bimbang saya membuat laporan di balai polis.
“Dia terus tarik saya bawa ke bilik di bahagian atas rumah dan meminta semua wang yang ada,” katanya.
Menurutnya, dia hanya menyerahkan RM40 sahaja dan dia yang ketakutan tiba-tiba sakit kepala berikutan menghidap darah tinggi.
“Saya diugut supaya jangan bersuara dan saya jadi lebih panik apabila penyamun terbabit mengikat leher saya.
“Ketika itu, saya cuma fikir dia akan jerut saya dengan tali yang sudah terikat di leher dan kemudian dia ambil sehelai tuala kecil sebelum menyumbatnya ke dalam mulut saya sehingga rasa sukar untuk bernafas,” katanya.
Kamsiah berkata, penjenayah kemudiannya meninggalkannya dan mengambil kunci motor milik seorang anaknya untuk melarikan diri.
“Mujur anak lelaki saya, Mohd Ridwan Mohd Kamapiah, 29, pulang dari pasar dan membantu melepaskan ikatan.
Menurutnya, selepas diperiksa, dia mendapati penjenayah berkenaan memasuki rumah dengan menanggalkan tiga keping tingkap nako di dapur.
:“Kebetulan pada hari kejadian, suami pula tergerak hati mahu pergi memancing sedangkan sebelum ini tak pernah-pernah dia mahu memancing.
“Jika tidak saya bertemankan suami di rumah sementara anak keluar bekerja,” katanya.
Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM5,500, membabitkan sebuah motosikal bernombor pendaftaran MAY 9816, dua bentuk cincin, seutas gelang tangan emas dan wang tunai berjumlah RM140.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Suprintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 dengan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan sebatan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Ridwan berkata, dia ada terserempak dengan motosikal yang dilarikan penyamun tetapi menyangka anak saudaranya yang menunggangnya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan