Rabu, 9 Februari 2011

Lans koperal dibebaskan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan pecah amanah membabitkan berpuluh-puluh ribu keping mata wang rupee palsu ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh R. Vadi Vello, 48.

Mengikut pertuduhan, Vadi, yang dipertanggungjawabkan sebagai penjaga barang kes di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Cheras, didakwa melakukan pecah amanah ke atas 16,621 keping wang kertas mata wang Rupee 500 palsu dan 8,239 keping wang kertas mata wang Rupee 1,000 palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat BSJK, IPD Cheras, di sini pada 19 Sept 2009, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Jika disabitkan kesalahan, Vadi Vello yang diwakili peguam M. Govindarajoo boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen