SERI KEMBANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menemui ajal secara tragis apabila dia tercampak dari tingkat enam ketika berada dalam dukungan ibunya dalam kejadian di Jalan SK 6/1, Pangsapuri Aman di sini semalam.
Kejadian pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut, Chong Man Lin, 5, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Lebih memilukan, ibu kanak-kanak itu, Tan Lee Eng, 35, yang disyaki menghidap penyakit mental turut menemui ajal tidak berapa lama kemudian selepas dia terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri sama./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan