MELAKA: Seorang ibu, di sini berjaya menemui anak gadisnya semula sebaik dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak hampir dua minggu lalu ketika sedang melepak bersama rakan-rakan di kawasan Perhentian Teksi Melaka Sentral kira-kira jam 11 malam, kelmarin.
Shaliha Ishak, 46, dari Kampung Bukit Katil di sini berkata, dia berjaya mengesan di mana anaknya, Noor Hidayah Abdullah, 13, berada setelah mendapat panggilan telefon daripada salah seorang rakan anaknya.
Menurutnya, rakan anaknya menyedari tentang kehilangan Noor Hidayah selepas terbaca di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Februari lalu.
“Saya terus memberitahu anak ketiga saya, Noor Sharini, 25, supaya dia dapat mendahului saya menjejaki di mana Noor Hidayah berada seperti diberitahu oleh rakannya.
“Saya dimaklumkan, ketika itu, Noor Hidayah sedang duduk melepak bersama rakan-rakannya yang lain di tangga tempat Perhentian Teksi di Melaka Sentral,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Shalika berkata, kemudian dia terus bergegas menaiki kereta yang dipandu seorang jiran menuju ke Melaka Sentral untuk mengambil Noor Hidayah.
“Bagaimanapun, saya berasa lega, apabila berjaya menemui semula Noor Hidayah dan mengucapkan terima kepada pihak yang mengambil berat mengenai kehilangan anak saya.
“Sebagai seorang ibu, saya rasa syukur dan berharap anak saya tidak mengulangi apa yang dia dilakukan dan berharap dia akan berubah,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian 15 Februari lalu, melaporkan mengenai kehilangan gadis berusia 13 tahun sebaik sahaja mengikuti kelas mengaji al-Quran di rumah jiran berhampiran.
Manakala, Noor Hidayah berkata, tujuan dia keluar rumah pada jam 10 malam, 2 Februari lalu adalah kerana mahu berseronok dan hidup bebas.
Menurutnya, dia sengaja tidak mahu memberitahu keluarganya kerana percaya tidak akan dibenarkan keluar.
“Pada malam itu, saya diambil oleh tiga rakan lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona untuk melepak di tapak bekas ‘Eye On Malaysia’ di Banda Hilir.
“Selepas itu, saya menumpang di rumah seorang rakan di Bukit Baru selama tiga hari sebelum mengambil keputusan untuk tinggal dengan seorang lagi rakan di Tanjung Kling,” katanya.
Noor Hidayah berkata, dia terpaksa berbohong dengan keluarga rakannya itu dengan mengatakan dia sudah berhenti sekolah dan secara kebetulan rakannya itu juga turut mengambil tindakan sama.
“Sepanjang tempoh kehilangan saya, saya sering melepak dan kadangkala pergi makan bersama kira-kira 10 rakan yang berusia antara 13 hingga 22 tahun,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan