Isnin, 7 Februari 2011

Hampir putus tangan ditetak

LUMUT: Seorang lelaki dari Melaka yang sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina di Ayer Tawar, dekat sini, hampir putus kedua belah tangannya apabila ditetak sekumpulan lelaki semasa dia dilarikan dalam sebuah kereta, hari ini.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari semasa lelaki berumur lingkungan 50-an itu sedang menunggu isterinya membeli-belah, apabila sekumpulan lelaki tiba-tiba muncul dan terus mengheretnya ke dalam sebuah kereta.

Beliau berkata, dalam pergelutan semasa kereta itu bergerak menghala arah laluan Lumut-Ipoh, kedua-dua belah tangan lelaki itu hampir putus akibat ditetak dengan parang selepas dia diugut menyerahkan sejumlah wang oleh penculiknya.

Katanya, lelaki itu kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Banjar, Beruas, dekat sini, sebelum ditemui orang awam yang terus menghubungi polis./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan