Ahad, 27 Februari 2011

Mayat Wanita Berlumuran Darah Di Tempat Letak Kereta

GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita berlumuran darah ditemui di tingkat dua kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong di sini,pada Jumaat. Jurucakap polis berkata orang ramai menemui mayat itu berusia lingkungan 20an yang berpakaian lengkap dengan beberapa kesan kecederaan teruk terutama di bahagian kepala kira-kira pukul 7.30 malam.

Katanya berdasarkan maklumat beberapa saksi, mereka sebelum itu terdengar bunyi kecoh seperti orang bergaduh di tingkat 11 perumahan itu dan tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman kuat.

"Orang ramai bergegas ke kawasan tempat letak kereta berkenaan dan menemui mayat dalam keadaan terlentang serta mengalami pendarahan yang teruk di kepala," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri bersama mayat berkenaan.

Menurut penduduk di situ, wanita terbabit bukan penduduk kawasan itu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan