KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap dua beradik selepas mengaku bersalah melakukan jenayah samun bersenjata pada November tahun lalu.
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mohamad Nazri Wan Mat, 26, dan adiknya, Wan Mohamad Nazrul, 24, selepas mengaku melakukan perbuatan itu di Wakaf Baharu pada 14 November tahun lalu.
Irwan memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.
Mereka dituduh melakukan samun berkumpulan itu dengan bersenjatakan sebilah pisau di rumah mangsa, Ang Bee Tin, di Taman Sri Cenderong, Wakaf Baharu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Kedua-dua beradik itu telah menyamun barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan