KEMAMAN: Sekumpulan ‘lanun tarbus’ dapat melarikan tabung yang mengandungi RM500 selepas memecah masuk sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk orang kurang upaya (OKU) di Felda Neram Dua di sini semalam.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku lewat malam tetapi ia hanya disedari pada pukul 7.30 pagi oleh penyelia premis, Zaini Muda, 45, selepas melihat pelbagai jenis barangan bertaburan di atas lantai.
Pencuri tersebut turut menulis beberapa perkataan sebelum melarikan diri dan wang dari premis berkenaan seperti ‘lanun tarbus, terima kasih dan makan malam’.
Zaini yang terkejut dengan keadaan di premis itu kemudian telah membuka pintu dan selepas diperiksa, dia mendapati tabung untuk menyimpan wang membeli makanan pelajar sebanyak RM500 lesap./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan