IPOH: Polis menahan tiga pekerja kilang yang dipercayai anggota sindiket antarabangsa berhubung kes kecurian lebih 700,000 kondom bernilai kira-kira RM850,000 dari sebuah kontena ke Tokyo, Jepun, bulan lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 29 hingga 30 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang kondom di Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, ditahan semalam, di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Klang dan di Lebuhraya Utara-Selatan.
Ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini dan hasil maklumat yang diperolehi, polis yakin dapat menahan beberapa lagi suspek dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan