JOHOR BAHRU: Seorang suami dijatuhi hukuman penjara lima bulan di Mahkamah Majistret di sini, semalam setelah mengaku bersalah mengancam membunuh isterinya.
T Sadivaran, 26, pekerja pembinaan dituduh mengancam untuk memukul isterinya Gaya Thire Balakrishnan, 26, dan anak sampai mati di rumah mereka Taman Sri Puteri, Skudai sekitar jam 7 malam, 20 Februari lalu.
Tertuduh yang didakwa Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, isteri mangsa dikatakan sedang menonton televisyen telah didatangi tertuduh dalam keadaan mabuk bertanyakan perihal anak lelaki mereka yang ketika itu masih belum pulang ke rumah.
Dalam keadaan marah tersebut, Sadivaran telah mengeluarkan kenyataan ‘Tunggu la, you punya anak sampai, you berdua saya nak belasah sampai mati’ sebelum itu tertuduh dikatakan telah memukul mangsa dengan sebatang paip di bahagian kepala.
Majistret, Hafizah Johor Ariff Johor sebelum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dilihat beberapa kali menggelengkan kepalanya dan berkata, tertuduh tidak seharusnya mengancam isterinya.
“Dia tidak cuba untuk bertarung dengan anda di tempat pertama, sebagai suami anda tidak patut berbuat demikian ke atas isteri, dia bukan lawan kamu. Jika kamu ingin bertinju cari la lawan yang sesuai, perkara ini tidak patut,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya M Vinodharan sementara tertuduh tidak diwakili peguam./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan