KUALA TERENGGANU: Tidak tahan dengan gelagat seorang lelaki yang sering kali ‘menyelinap’ masuk ke sebuah kedai makan bagi bertemu kekasih hati dalam keadaan mencurigakan, penduduk Kampung Surau Panjang akhirnya bertindak menyerbu kedai makan itu, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, penduduk kampung bertindak menyerbu kedai makan yang bertutup rapat setelah mendapat maklumat lelaki itu mula memasuki kedai makan terbabit, pagi semalam.
Mereka kemudiannya bertindak menelefon pihak pejabat agama, sebelum menghubungi pihak polis kerana bimbang lelaki itu akan ‘pergi jauh’ dan melakukan perbuatan terkutuk.
Tidak lama kemudian, sebuah peronda polis tiba dan kelihatan membawa lelaki yang berusia 30-an itu ke balai polis.
Sinar Harian difahamkan, ketika serbuan dibuat, lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan dengan dua wanita, iaitu pemilik kedai makan berusia 30-an, dan pekerjanya yang berusia 20-an.
Lelaki tersebut sebelum ini dikatakan pernah bekerja di sebelah kedai makan pasangannya itu dan hubungan mereka dikatakan sudah lama.
Sementara itu, penduduk, Mohd Nor Ngah, 50, berkata, penduduk kampung itu telah membuat intipan selama sebulan terhadap pasangan berkenaan.
“Kami sudah lama memerhatikan pasangan ini namun mereka dilihat semakin berani. Geram dengan tindakan mereka, saya menghubungi pihak pejabat agama semalam (kelmarin).
“Tetapi hari ini (semalam) mereka buat lagi, sehingga kami membuat keputusan untuk menyerbu mereka. Saya harapkan mereka akan dikenakan tindakan setimpal agar tidak lagi mengulangi perkara ini,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan