Rabu, 23 Februari 2011

Dirogol berkali-kali

SUNGAI KAPAR INDAH: Tidak sampai beberapa jam mengenali seorang lelaki, seorang wanita berumur 17 tahun sanggup mengikut teman barunya itu ke kediaman abangnya sebelum dirogol berkali-kali di sebuah rumah, di Kampung Sri Kenanga, Bandar Baru Klang, di sini, Sabtu lalu. 

Pada mulanya, gadis yang bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai makan di sekitar Shah Alam itu keluar berjalan-jalan bersama seorang rakan perempuannya dipercayai untuk menghabiskan cuti malam minggu sekitar jam 9 malam (kelmarin). 

Bagaimanapun dia kemudiannya diperkenalkan rakannya itu kepada seorang lelaki yang juga suspek berumur 21 tahun di sebuah tempat di sekitar Shah Alam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Superintendan Beh Eng Lai berkata, sebaik berkenalan, mereka berbual-bual sebelum menaiki motosikal milik suspek dipercayai untuk bersiar-siar di sekitar kawasan berkenaan. 

“Tidak lama kemudiannya, suspek meminta mangsa mengikutnya ke rumah abangnya di Kampung Sri Kenanga dengan alasan untuk mengambil baju sejuk kerana khuatir mangsa kesejukan. 

“Mangsa yang menyangka lelaki terbabit mengambil berat padanya bersetuju lalu mengikut lelaki berkenaan ke sana sebelum kembali meronda di sekitar Klang dan Shah Alam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Menurutnya, penat meronda-ronda kira-kira jam 2 pagi (semalam), sekali lagi suspek dipercayai mengajak mangsa ke rumah abangnya dengan alasan untuk berehat kerana kesejukan. 

“Mangsa dipercayai hanya mengikut suspek tanpa banyak cakap dan ketika berada dalam bilik di rumah sama, kemungkinan berlaku adegan ringan-ringan antara keduanya. 

“Suspek yang tidak tahan dengan desakan hawa nafsu mengambil peluang membuka baju mangsa dipercayai untuk merogolnya. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan menolak lelaki terbabit. 

“Dia bagaimanapun dipukul dan ditampar berkali-kali oleh suspek sebelum akur dirogol lelaki itu berkali-kali,” katanya. 

Beliau berkata, kira-kira jam 6 pagi (semalam), suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah sewanya dengan menaiki motosikal. 

“Selepas itu, mangsa segera membuat laporan polis di sebuah balai polis. Selepas dimaklumkan perkara itu, polis serta forensik :segera menjalankan siasatan di tempat kejadian. 

“Hasilnya mendapati terdapat kesan air mani di bilik terbabit dan juga kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa selepas mangsa menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di sini. 

“Berikutan itu, polis terpaksa menahan suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. 

Menurutnya, beliau menasihatkan remaja perempuan supaya berwaspada dengan teman baru yang dikenali bagi mengelak kes sebegini berlaku./Sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Komen