KUANTAN: Seorang lelaki yang dicekup polis kerana mencuri lapan unit pintu bernilai kira-kira RM5,000 dari sebuah tapak pembinaan rumah kedai di sini dihukum penjara enam bulan dan didenda RM1,000.
Hukuman ke atas tertuduh, Hisam Ali, 39 dari Kampung Baru Batu 9, Sungai Karang Darat dekat sini diputuskan Majistret Nordiana Abdul Aziz selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan tersebut, semalam.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mencuri pintu terbabit antara jam 9 pagi, 9 Februari hingga jam 8 pagi, 19 Februari lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tapak pembinaan bangunan kedai di Kilometer 14, Jalan Kuantan –Pelabuhan dekat sini.
Berdasarkan maklumat dan laporan polis yang dibuat pemiliknya, tertuduh berjaya ditahan 19 Februari lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan