Sabtu, 22 Januari 2011

Warga emas ditembak

ISTERI mangsa, Thevapriyen menunjukkan kesan darah di tempat suaminya ditembak di Taman Garing Utama, Rawang semalam.


KUALA LUMPUR: Seorang peniaga cedera di lutut kiri selepas terkena tembakan ketika bergelut dengan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Jalan 2/9, Taman Garing Utama, Rawang dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika P. Murugaiyah, 65, didatangi dua suspek ketika dia berada di hadapan rumah teres dua tingkat itu untuk ke tempat kerja.

Difahamkan, suspek menaiki sebuah kereta Proton Waja bersama tiga lagi rakan mereka yang menunggu di dalam kenderaan. Suspek-suspek itu memakai topeng.

Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek telah meminta mangsa dan isterinya tidak membuat bising sebelum menggeledah rumah mangsa.

Mangsa yang enggan kemudian telah melawan menyebabkan suspek bertindak melepaskan satu das tembakan lalu mengenai lutut kiri mangsa./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan