Jumaat, 14 Januari 2011

Sarjan dipenjara enam bulan

Seorang anggota polis berpangkat sarjan terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam bulan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadapnya kerana menerima rasuah, kira-kira 13 tahun lalu.

Hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ahmad Maarop membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan N Chettuvellu dikekalkan.

Mahkamah Rayuan turut memerintahkan Chettuvellu menjalani hukuman itu mulai semalam.

Anggota polis berusia 52 tahun yang bertugas di Jabatan Narkotik Balai Polis Damansara Utama itu didakwa menerima rasuah RM500 daripada S Jambukeshan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap K.Manivannan yang disyaki penagih dadah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Hasbuna Utama, Damansara Utama pada jam 1.50 tengah hari, 26 Februari 1998.

Pada 31 Mac 2004, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 selepas mendapati Chettuvellu bersalah./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan