MELAKA: Hanya dikatakan berpunca daripada perselisihan faham kecil, tiga lelaki warga India yang bekerja di sebuah pusat gunting rambut di Kampung Permatang Duyong, dekat sini, diserang 10 lelaki ala mafia, malam kelmarin.
Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam apabila tiga pekerja terbabit yang sibuk melakukan persediaan menutup kedai, didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal yang bersenjatakan helmet dan kayu.
Suspek dikatakan bertindak masuk ke dalam premis terbabit lalu menyerang beberapa pekerja berkenaan.
Berikutan kejadian itu, cermin pintu masuk dan beberapa cermin di dalam kedai serta beberapa peralatan turut rosak.
Pemilik premis juga mengalami kerugian hampir RM20,000 akibat kerosakan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 148 kerana merusuh.
Menurutnya, tiga pekerja premis gunting rambut terbabit bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
"Pada malam kejadian, terdapat dua lagi pekerja tetapi mereka ketika itu menikmati makan malam di luar.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mengambil apa-apa wang ataupun barang berharga dan kejadian hanya berlaku kira-kira dalam masa lima minit," katanya.
Raja Shahrom berkata, setakat ini polis menahan dua pekerja kedai gunting rambut berkenaan bagi membantu siasatan, sementara suspek yang dipercayai warga tempatan masih diburu.
"Tiga mangsa yang cedera berumur antara 30 hingga 42 tahun," katanya.
Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan kejadian itu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.
“Saya seperti mahu pitam melihat aksi suspek yang memecahkan cermin,” katanya yang berada dalam jarak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Difahamkan, kedai gunting rambut berkenaan mempunyai tiga lagi :cawangan lain di negeri ini dan enam cawangan di Johor Bahru./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan