AUSTIN: Seorang wanita dari selatan Indiana menembak tiga anaknya dan anjing peliharaan mereka sebelum membakar kediaman keluarga itu dan menembak dirinya sendiri, kata pegawai penyiasat, semalam.
Polis percaya Amanda Bennet, 30, melakukan tiga pembunuhan itu di kediaman keluarganya di Austin di wilayah Scott dengan menembak mati tiga anaknya sebelum menembak kepalanya sendiri.
Mayat Amanda dan tiga anaknya iaitu Jasmine Abbot, 14, Katelynn Bennett , 9, dan Ryan Bennett yang berusia empat tahun ditemui di rumah yang separuh terbakar selepas saudara yang dilanda kebimbangan meminta polis memeriksa keadaan keluarga itu.
Anggota polis, Sarjan Jerry Goodin berkata dalam satu kenyataan bahawa kejadian itu adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri yang tragik yang telah meragut tiga nyawa tidak berdosa./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan