Selasa, 25 Januari 2011

Tidak sedar ibu, bapa ditawan penyamun

KAJANG: Lima beradik masih mampu bermimpi dan tidur nyenyak di dalam bilik tidur tanpa menyedari kedua ibu bapa mereka menjadi tawanan sekumpulan empat geng pecah rumah yang memecah masuk kediaman mereka, awal pagi kelmarin.

Penjenayah dikatakan mensasarkan kediaman mewah milik ahli perniagaan berusia 48 tahun terbabit selepas menyangka rumah mangsa menyimpan barang kemas dan wang tunai dalam jumlah besar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi kelmarin, empat penjenayah warga Indonesia terbabit dikesan memecah masuk ke dalam kediaman mewah mangsa yang di Jalan Hulu Langat./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan