EMPAT beradik yang mendakwa menjadi mangsa dera, dari kiri Tengku Siti Nor Asy'adah, Tengku Khatijah, Tengku Siti Noras'syakirren dan Tengku Mohd. Al-Moqarobin di IPD Setiu semalam.
SETIU - Empat beradik terpaksa lari dari rumah selepas mendakwa sering didera bapa kandung sendiri dalam kejadian di Kampung Beris Tok Ku di sini semalam.
Difahamkan Tengku Khatijah Tengku Mamat, 14, Tengku Siti Noras'syakirren, 10, Tengku Mohd. Al-Moqarobin, 7, dan Tengku Siti Nor Asy'adah, 8, meninggalkan rumah mereka kira-kira pukul 1 pagi sebelum berjalan kaki sejauh lapan kilometer menuju ke Kampung Guntong Luar dekat sini.
Bagaimanapun, empat adik beradik malang itu ditemui dalam keadaan keletihan dan basah kuyup di sebuah wakaf di tepi jalan oleh seorang pesara tentera berusia 44 tahun kira-kira pukul 7 pagi.
Menurut Tengku Khatijah, mereka terpaksa melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap panas baran bapa mereka yang berusia 58 tahun itu.
"Kami tak sanggup lagi hidup bersama bapa kerana perangai bapa tidak seperti orang lain. Lebih baik kami lari dari rumah daripada terus terseksa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan