BALIK PULAU: Polis menahan seorang remaja lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap yang aktif dalam kegiatan peras ugut sekitar Batu Maung dan Bayan Lepas, di sini, awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditahan di Batu Maung kira-kira pukul 2.30 pagi selepas seorang peniaga membuat laporan polis berhubung kegiatannya.
Beliau berkata, peniaga berumur 19 tahun itu didatangi remaja terbabit yang meminta dia membayar RM500 sebagai wang perlindungan dan disebabkan bimbang mengenai keselamatannya, dia membuat laporan polis,” katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.
Katanya, remaja yang dipercayai anggota kumpulan 24 itu dipercayai turut mengedar risalah kepada para peniaga di sekitar Batu Maung dan Bayan Lepas untuk meminta wang perlindungan dan memberi amaran akan bertindak ganas sekiranya gagal mendapat habuan./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan