Rabu, 19 Januari 2011

Remaja hilang dirayu pulang



PASIR PUTEH: "Hazirah, pulanglah kerana ibu, ayah dan adik-adik merindui mu."

Demikian rayuan seorang ibu, Pauwina Khalid, 32, dari Kampung Gong Garu dekat sini kepada anak sulungnya, Siti Nor Hazirah Hashim, 17, yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu.
Kehilangan remaja perempuan yang mesra dengan panggilan Hazirah itu disedari keluarganya kira-kira pukul 5 pagi Ahad lalu selepas mereka mendapati dia tiada di dalam bilik.

Biasanya pada waktu itu Hazirah sibuk mengemas buku dan menggosok pakaian untuk ke sekolah.

Sehingga kini, usaha keluarga berkenaan, terutama bapanya, Hashim Hamzah, 38, menjejaki Siti Nor Hazirah (gambar) masih gagal dan kehilangannya telah dimaklumkan kepada sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal dekat sini./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan