KUALA LUMPUR – Penyelia pasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerima suapan RM2,000 daripada seorang penjaja untuk mendapatkan petak niaga pasar malam pada Mac 2010.
Azmi Che Hat, 55, didakwa menerima suapan itu daripada Mohd Razip Ali sebagai balasan untuk mendapatkan lima lot petak pasar malam di pekan Sungai Besi dan empat lot petak pasar malam di Desa Tasik Sungai Besi.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat DBKL Pasar Besar pekan Sungai Besi pada 4.05 petang, 23 Mac 2010.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan