KULIM: Sepasang kekasih ditangkap bersekedudukan di sebuah rumah teres di Taman PKNK kira-kira jam 2.40 pagi kelmarin. Ketika tangkapan dibuat, pasangan itu berada dalam bilik di bahagian belakang.
Jurucakap Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, maklumat diberi daripada orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan taman itu setelah mendapati perempuan terbabit sering datang ke rumah lelaki berkenaan.
“PADK menerima aduan kira-kira jam 2 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 2.30 pagi serta membuat pemantauan dan mengepung rumah terlibat sebelum membuat serbuan. Seorang lelaki kemudiannya membuka pintu rumah dan membenarkan PADK masuk untuk membuat pemeriksaan.
“Ketika pemeriksaan dibuat, PADK menemui sepasang kekasih di bilik ketiga dalam keadaan bersekedudukan dan mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun bekerja sebagai buruh manakala perempuan itu berusia 17 tahun dan bekerja sebagai operator kilang di Prai,” katanya.
Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan dalam lokap. Lelaki berkenaan ditahan di lokap Balai Polis Kulim manakala pasangan perempuan ditahan di lokap Balai Polis Lunas. Kedua-dua mereka kemudiannya di hadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim semalam.
Pasangan kekasih itu akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
“Perempuan terbabit mengaku, dia datang dari keluarga bermasalah. Dalam kenyataannya kepada PADK, perempuan itu menyatakan sebelum ini dia pernah terlanjur dengan bekas kekasihnya dan mengandung. Bagaimanapun kandungan itu digugurkan dengan memakan ubat sebelum mengenali kekasih barunya ini.
Dia baru berkenalan dengan teman lelakinya dua bulan lalu di sebuah hospital di Kulim. Dia akhir perbualan, perempuan itu mengaku dia sudah dua hari tinggal di bilik itu bersama teman lelakinya sebelum ditangkap PADK,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan